CARA KIRA GAJI PEKERJA YANG BETUL
CARA NAK KIRA GAJI PERKERJA YANG BETUL
• Dalam menguruskan pekerja, kita sebagai majikan perlu uruskan banyak perkara. Selain daripada memastikan pekerja menjalankan tugasan dengan
baik, kebajikan pekerja, part gaji antara perkara terpenting yang pekerja sangat sensitif.
• Ada majikan salah dalam pengiraan gaji pekerja, mereka hanya ambil gaji kasar bulanan pekerja dan carum, tanpa ambil tahu SOP kira gaji yang betul untuk pekerja mereka.
• Bila dah salah kira gaji pekerja, syarikat anda sendiri yang rugi, dan kalau Jabatan Buruh semak, jika anda tidak bayar gaji yang sepatutnya pekerja terima, bersedialah membayar cukai kecuaian yang anda buat sendiri.
Jom semak cara anda kira gaji pekerja:
1. Kira Kedatangan Pekerja
• Gaji pekerja takkan sama setiap bulan jika pekerja tidak memenuhi kedatangan mereka pada bulan tersebut.
• Sebab tu anda kena semak, pada bulan tersebut ada tak pekerja anda yang ambil MC, ambil emergency leave ke, atau cuti tanpa sebab yang munasabah.
• Untuk MC, jika jumlah MC tahunan yang syarikat peruntukan sudah habis digunakan oleh pekerja, anda boleh tolak gaji mereka, mengikut berapa hari yang mereka tidak hadir.
• Namun, semua boleh dibuat atas budi bicara anda sebagai majikan untuk tolak gaji mereka atau tidak.
• Anda lebih kenal pekerja anda, anda boleh menilai melalui performance dan attitude mereka untuk tolak gaji atau tidak.
• Jika syarikat anda tidak menyediakan cuti bagi kes kecemasan (emergency leave) dalam polisi syarikat, anda juga boleh menolak gaji pekerja yang mengambil emergency leave tanpa sebab
dan bukti yang kukuh. Cadangan saya, peruntukan beberapa hari cuti kecemasan untuk beberapa situasi pekerja. Sebagai
contoh jika ada kematian atau ada ahli keluarga yang sakit, berikan cuti 1-3 hari untuk mereka selesaikan masalah mereka.
• Dah tambah tolak semua hari kehadiran pekerja, kita dah boleh kira gaji pokok.
• Sebagai contoh, bulan ni, hari yang sepatutnya pekerja datang bekerja adalah 24 hari, tetapi pekerja tersebut ada ambil cuti tak berbayar selama 2 hari.
• Total hari bekerja: 24 hari
• Total hari pekerja bekerja: 22 hari
• Gaji kasar pekerja: RM 2000
• Kiraan dia macam ni…
• Gaji kasar pekerja ÷ Total hari bekerja X Total hari pekerja bekerja.
• RM 2000 ÷ 24 = RM 83.33 X 22
= RM 1833.33
• RM 1833.33 ini adalah gaji pokok pekerja anda. Jumlah inilah yang kita akan carum.
2. Caruman Wajib Untuk Pekerja
• Terdapat 3 caruman wajib yang perlu majikan dan pekerja bayar setiap bulan. Satu, caruman KWSP, iaitu EPF
• Untuk caruman EPF majikan seharusnya
membayar 13% daripada jumlah gaji pokok pekerja, manakala 11% pula akan ditolak dari gaji pokok pekerja tadi.
• Kita kaitkan contoh di atas:
• Caruman yang majikan perlu bayar :
• 13% X Gaji pokok pekerja
• 13% X RM 1833.33 = RM 238.33 (Caruman yang perlu dibayar oleh majikan)
• 11% X RM 1833.33 = RM 201.6 (Caruman yang ditolak dari gaji pekerja)
• Kedua, majikan juga perlu mencarum di bawah PERKESO, iaitu SOCSO dan SIP.
• Kita kira SOCSO terlebih dahulu.
• Berapa yang perlu dibayar oleh majikan dan pekerja? Untuk SOCSO, terdapat sedikit perbezaan, kerana ia bergantung kepada tangga gaji yang ditetapkan oleh SOCSO.
• Untuk dapatkan tangga gaji SOCSO, anda boleh layari laman web di bawah:
https://www.perkeso.gov.my/index.php/ms/kelayakan-majikan-pekerja/kadar-caruman
• Sebagai contoh gaji pokok tadi adalah RM 1833.33, so kita perlu tengok pada tangga gaji yang disediakan.
• Untuk gaji pokok tadi ia jatuh pada kategori “Gaji
melebihi RM 1,800 tetapi tidak melebihi RM 1,900”.
• Syer majikan : RM 32.35
• Syer pekerja: RM 9.25
• Caruman terbaru daripada PERKESO, adalah SIP, dan untuk SIP syer untuk majikan dan pekerja adalah sama, iaitu 0.2% daripada gaji pokokpekerja.
• Ini bermakna:
• RM 1833.33 X 0.2 % = RM 3.60 Syer majikan
• RM 1833.33 X 0.2 % = RM 3.60 Syer pekerja
• So, gaji yang perlu disediakan untuk seorang pekerja adalah :
• Gaji pokok + EPF + SOCSO + SIP
• Kalau mengikut contoh di atas:
• RM 1833.33 + RM 238.33 + RM 32.35 + RM 3.60 = RM 2107.61
• Ini adalah amount yang perlu disediakan oleh majikan untuk pekerja, tetapi amount yang akan pekerja dapat setelah ditolak carum, mereka akan
dapat jumlah macam ni:
• Gaji pokok – EPF – SOCSO – SIP = Gaji bulanan
yang akan pekerja dapat:
• RM 1833.33 – RM 201.67 – RM 9.25 – RM 3.60 = RM 1618.81
• Habis tu, kalau over time (OT), elaun, komisyen, claim macam mana? Teruskan membaca..
Gaji Nak Kena Bayar Gaji Hujung Bulan Ke AwalBulan?
• Tarikh yang terbaik untuk bayar gaji pekerja adalah dalam range 1-7 haribulan untuk setiap bulan.
• Salah ke bayar gaji hujung bulan? Tak salah. Banyak je syarikat bayar gaji pada hujung bulan.
• Cuma bagi saya tarikh yang terbaik membayar gaji
pekerja adalah 1hb untuk setiap bulan.
• Kenapa? Kerana saya ingin kawal kewangan syarikat tidak ada transaksi yang besar pada hujung bulan.
• Duit hanya akan lebih banyak keluar hanya pada awal dan pertengahan bulan sahaja.
• Impaknya, dalam bank statement syarikat nanti akan nampak lebih tinggi, dan bila audit nak datang nak tengok laporan kewangan tahunan syarikat pun lebih cantik.
3. Bila Nak Bayar Elaun, Claim, Komisyen, Dan OT Pekerja?
• Untuk semua ini saya cadangkan anda tidak sekalikan dengan gaji pekerja dan dibayar pada pertengahan setiap bulan iaitu 15hb.
• Jika anda bayar pada 1hb setiap elaun, komisyen semua tu akan dikira sekali jadi gaji pokok.
• Dan bila gaji pokok tinggi, jumlah caruman yang perlu dibayar oleh syarikat juga tinggi.
• Secara tak langsung, kos syarikat akan bertambah.
4. Anda Bayar Gaji Manual Atau Guna System?
• Walaupun dah banyak system yang ada, tapi kebanyakan majikan masih membayar gaji pekerja secara manual.
• Untuk syarikat yang menggunakan bank Maybank, anda boleh menggunakan system Maybank AutoCredit System untuk scheduled gaji pekerja anda
5. Bagaimana nak apply Maybank AutoCredit System ni?
• Langkah 1: 1st anda boleh download borang application di URL di bawah:
https://www.maybank2u.com.my/WebBank/M2UBIZ_MAS-AppForm.pdf
• Langkah 2: Kemudian, contact company secretary anda untuk keluarkan dokumen director resolution, dan setelah tandatangan director syarikat dah diambil untuk dokumen tersebut, anda boleh proceed untuk permohonan.
• Langkah 3: Untuk menghantar permohonan, anda perlu mohon ke cawangan Maybank yang anda daftar akaun Maybank syarikat anda. Bawa borangvyang dah lengkap diisi dengan director resolution.
• Langkah 4: Selepas tu, nanti wakil Maybank akan hubungi anda untuk proses yang seterusnya.
• Langkah 5: Selepas semua selesai, wakil Maybank akan hadir untuk install dan ajar Person In Charge untuk menggunakan system tersebut.
• Sekurang-kurangnya dah ada system autocredit nivkerja anda lebih mudah, bayar gaji pekerja pun boleh on time, betul?
• Lepas ni pastikan anda kira gaji pekerja betul-betul, supaya syarikat tidak tersilap keluar duit sebab kita yang tersilap pandang pada pengiraan gaji pekerja.
Terima kasih daun keladi.

Comments
Post a Comment